Netizen Persoalkan Sejak Jep Kahwin Dengan Sari Yanti Tidak Pernah Bergambar Dengan Anaknya…

Jep hadiahkan Sari Yanti kesetiaan dan Sari Yanti mahu kekal bertudung sempena harijadinya

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti Jep Sepahtu dengan isternya, Sari Yanti pastinya sudah tahu betapa comelnya pasangan ini sejak dahulu lagi, lebih-lebih lagi selepas bergelar suami isteri. Semalam, pelakon cantik Sari Yanti telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33. Majlis hari jadi beliau ini telah diadakan di dalam suasana yang cukup sederhana dan dihadiri oleh rakan-rakan rapat.

Menerusi laman Instagramnya, Sari Yanti telah membuat ucapan terima kasih di atas ucapan selamat hari jadi yang diterimanya sejak semalam.

Sari Yanti yang mula berjinak-jinak dengan hijab tela memuatnaik gambar beliau berhijab pertama kalinya ke laman Instagram pada bulan May tahun lepas. Dan alhamdulillah, Sari Yanti masih dapat mengekalkan imej seorang muslimah dan kelihatan semakin selesa dengan gaya terbaru beliau itu. Tapi ada usikan nakal yang menarik perhatian kami di KeKeCoHdotCom, ada yang mempersoalkan kenapa Jep Sepahtu tidak pernah ada gambar atau video bersama anak tirinya itu yang juga anak Sari Yanti. Kami anggap itu hanyalah usikan nakal netizen. Tapi bila kami kami selidik memang kami tidak menjumpai gambar Jep Sepahtu bersama anak Sari Yanti. Dan kami yakin Jep Sepahtu ada alasan sendiri kenapa… Jadi biarlah kita bersangka yang baik-baik saja… Apa pun kami ucapkan selamat menyambut hari kelahiran yang ke-33 buat Sari Yanti dan kepada suami beliau semoga maju jaya terus maju dan kami iringi doa semoga berkekalan sehingga keanak cucu hendaknya.

 

sumber: kecoh.info