Mengejutkan!! Zulin Aziz Dedahkan Perangai Sebenar Iqram Dinzly

Ada yang kata ia punca depresi. Ada juga yang kata ia kesan daripada menuntut ilmu yang salah. Inilah antara tanggapan netizen terhadap perangai ‘pelik lagi aneh’ pelakon Iqram Dinzly yang viral dipertontonkan di Instagram Live semenjak dua menjak ini.

Sungguh menyedihkan melihat seorang insan yang pernah mewarnai drama dan filem negara suatu ketika dulu untuk berkelakuan sepertinya.

Lebih terkilan apabila membaca ruangan komen yang dipenuhi kata-kata kesat terhadap Iqram dan bukannya memilih untuk membantunya. Berikutan ini, penyampai radio Suria FM menyelar tindakan segelintir netizen yang lantang sahaja membuat komen negatif tanpa mengetahui situasi sebenar pelakon tersebut.

Iqram orang yang baik

Zulin yang difahamkan rakan kepada aktor tersebut mendedahkan Iqram seorang yang baik. Terkilan dengan kecaman terhadap rakannya itu, Zulin meminta netizen membantunya dari segi kata-kata yang baik dan bukannya terus mengherdik mengeruhkan keadaan tanpa tahu apa yang dialaminya.

Bercakap baik benda yang susah?

Jangan cepat kita menghukum seseorang itu. Kita tidak tahu apa yang dialaminya secara dalaman. Seperti yang diperkatakan Sha Arjunalaila – Omma di Facebook;

‘Kalau betul dia depression, bantulah dia, kalau dia sesat, bantulah dia’.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang berlaku kepada Iqram ini? Tidak pasti apa. Namun, memetik laporan Berita Harian semalam, pelakon itu akui semua itu dilakukan sebagai langkah gimik awal untuk mempromosikan perniagaan yang diusahakannya.

Dalam kata-katanya sendiri, dia sanggup ‘menggadai diri’ dalam usaha memperkenalkan perniagaan barunya di bawah jenama Bawaabata Merebucks. Betul ke?

Apabila ditanya tentang tindakannya membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata-kata lucah, Iqram berkata, perkara itu menunjukkan mentalili masyarakat hari ini yang begitu taksub dengan media sosial.

“Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu,” katanya.

Perlakuan aneh suatu gimik?

Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.

Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh.

Apabila ditanya tentang tindakannya membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata-kata lucah, Iqram berkata, perkara itu menunjukkan mentalili masyarakat hari ini yang begitu taksub dengan media sosial.

Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu.

 

Sumber: OH Bulan dan My News Hub