Datuk Siti Nurhaliza Bagi Hint Jantina & Nama Anak, Tunggu Masa Sesuai Buka IG Anak

MH tahu pasti ramai di antara peminat yang tertanya-tanya apakah jantina dan pilihan nama anak Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Memetik daripada sumber Astro Gempak, Siti memberitahu terpaksa merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya bagi menghormati pemintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Bagaimana pun Siti sempat berkongsi sedikit hint apakah nama yang bakal diberi kepada bayi tersebut.

Menurutnya jika bayi tersebut adalah lelaki dia akan memberi nama bermula dengan huruf “A” dan sekirannya persempuan akan bermula dengan nama Siti.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru boleh saya kongsikan dengan peminat.

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, siti turut memaklumkan akan membuka akaun Instagram khas untuk memuat naik perkembangan tentyang anaknya apabila tiba masa yang sesuai.

Wah, nampaknya Siti pun tidak lama lagi akan wujudkan Instagram anaknya, memang tak sabar nak tengok gambar-gambar comel anak penyanyi popular Malaysia ini.

Apapun MH doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan bayi yang bakal dilahirkan itu sihat di dalam kandungan.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sudah memilih nama untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2018.

Siti juga bakal merakamkan single terbaharu yang didedikasikan untuk cahaya mata sulungnya itu dalam tempoh terdekat.

Malah, pelantun lagu Segala Perasaan itu juga memberitahu bakal membuka akaun Instagram khas untuk anaknya.

“Tunggu masa yang sesuai, bila sudah sampai masa barulah buka. Tak tahu lagi bila,” tambah Siti.

Sementara itu, bagi yang ingin melihat gelagat penyanyi kesayangan ramai ini bercuti di Portugal, Sepanyol dan Dubai bersama keluarga besarnya, jangan lepaskan peluang menonton rancangan jurnal percutian CTDK-ation.

CTDK-ation akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember (malam ini).

Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan?

BUAT pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Menerusi akaun Instagram (IG) beliau, pelantun lagu

Cindai
itu memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya ‘sangat sopan’ ketika imbasan dilakukan.

“Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah”

Video itu turut terdengar suara wanita dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.

Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti amat malu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.

Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai ‘princess’ (puteri).

“Hey, princess nowadays not very shy lah,” kata doktor

‘Princess’ ? Adakah bayi dalam kandungan Siti berjantina perempuan?

Hingga kini penyanyi lagu Aku Cinta Pada Mu itu belum pernah mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar bayi dalam kandungan Siti sihat dan selamat dilahirkan.

SUMBER : Astro Gempak