Datuk Rosyam Nor Buka Pasar Raya

Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor bakal melancarkan sebuah pasar raya borong pertama miliknya yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur, awal Februari depan.

Memilih ST Rosyam Mart sebagai nama untuk pasar raya borong terbabit, jelas Rosyam, idea yang tercetus dua tahun lalu itu menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

Asalnya, saya membekalkan nangka dan durian belanda yang diusahakan di Lanchang, Pahang ke pusat borong terbabit. Selepas dua tahun berurusan, timbul idea untuk kami menjalin kerjasama dalam perniagaan ini.

“Insya-Allah, awal bulan Februari ini saya akan melancarkan sebuah pasar raya dengan nama ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Asalnya saya membekalkan nangka dan durian belanda yang diusahakan di Lanchang, Pahang ke pusat borong terbabit. Selepas dua tahun berurusan, timbul idea untuk kami menjalin kerjasama dalam perniagaan ini.

“Pengalaman selama 38 tahun Sri Ternak dalam bidang peruncitan, manakala saya sudah 35 tahun bergiat dalam industri seni membuatkan kami yakin untuk bergerak lebih jauh dalam usaha sama ini.

“Sebagai artis dan selebriti, saya akan memberikan lebih tumpuan dalam aspek penjenamaan serta promosi,” katanya.

Kata Rosyam, apabila beroperasi kelak, lebih 10,000 barangan kering dan basah akan dijual di pusat pemborong terbabit.

“Kami mahu mewujudkan pusat pemborong moden untuk keselesaan pelanggan. Pembeli juga tidak perlu lagi membawa wang tunai setiap kali mahu mendapatkan keperluan asas…

“Proses pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit supaya lebih mudah dan cepat. Selain itu, kami juga merancang untuk beroperasi secara atas talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

“Namun barangan yang ditawarkan masih pada harga borong dan lebih rendah berbanding harga pasaran,”

Setakat ini kami sedang menjalankan kerja renovasi di peringkat akhir sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

“Sebenarnya saya sukar mencari sebuah pasar raya yang persekitarannya bersih, cantik, kualiti barangan yang segar serta tawaran harga berpatutan. Justeru, saya nekad mengusahakan sebuah pasar raya borong yang berpangkalan di Setiawangsa untuk cawangan pertama ini,” katanya.

Menurutnya, nama pasar raya yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.

“ST Rosyam Mart bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang tidak pernah diwujudkan oleh mana-mana pasar raya lain di Malaysia.

“Saya yakin pengunjung akan berpuas hati dengan konsep pasar raya ini dan boleh mendapati pelbagai barangan keperluan sama ada barang kering dan basah di sini dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Sumber: Harian Metro / Instagram Rosyam Nor