10 Lokasi Menarik untuk sambut Tahun Baru 2018.

2017 bakal melabuhkan tirainya. Tentunya anda semua masih tercari-cari lokasi menarik untuk menyambut tahun baru nanti.Ada dikalangan anda yang memikirkan tentang lokasi jauh dari bandar untuk meluangkan masa bersama famili tercinta, ada juga yang ingin menyambutnya di tengah-tengah ibu kota menyaksikan kedipan neon ataupun mungkin pertunjukkan bunga api.

Disini saya ingin kongsikan 10 lokasi-lokasi menarik untuk menyambut Tahun Baru dengan pemandangan indah yang bakal mewarnai sambutan 2018!

1.KLCC,DATARAN MERDEKA,MENARA KUALA LUMPUR.

Terletak ditengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur,KLCC,Dataran Merdeka dan Menara Kuala Lumpur merupakan tempat tumpuan para pelancong dan warga Kuala Lumpur untuk menyambut tahun baru dan menyaksikan pertunjukkan bunga api dan pelbagai persembahan yang menarik.

 

2.PUBLIKA

Terletak di Solaris Dutamas, Seri Hartamas, pusat beli-belah yang berkonsepkan upscale neighbourhood shopping mall menawarkan pelbagai aktiviti sempena tahun baru seperti tahun lalu. Jika anda ingin merasakan sendiri bagaimana lokasi happening ini menyambut tahun baru, ajak teman ke sana hujung tahun nanti.

 

3.I-CITY SHAH ALAM

Terletak di Shah Alam, I-City merupakan tarikan masa kini untuk menyambut tahun baru.Pelbagai permainan ,persembahan,pesta lampu dan juga pertunjukkan bunga api yang menjadi tumpuan orang ramai.Menarikkan?

 

4.DATARAN PUTRAJAYA

Bestnya kalau dapat pergi dataran Putrajaya kan.sambil tengok pemandangan yang cantik,lampu-lampu berhias yang menarik,kita juga dapat menyaksikan pertunjukkan bunga api disini.tak rugi pon datang sini.bestnya!

 

5.LOOKOUT AMPANG

Anda boleh menikmati panorama yang sangat menarik di waktu malam dan dapat melihat keseluruhan Kuala Lumpur serta dapat manyaksikan bunga api apabila anda menyambut tahun baru di Lookout Point Bukit Ampang yang terletak di Jalan Ampang, Hulu Langat Selangor kira-kira setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

 

6.GENTING HIGHLANDS

Semua sedia maklum apa itu Genting Highlands bukan?Genting Highlands merupakan salah satu taman tema hiburan yang terbesar di Malaysia ini juga salah satu tempat tumpuan orang ramai bagi menyambut tahun baru.Pelbagai aktiviti yang diadakan disana bagi menyambut tahun baru.

 

7.CAMERON HIGHLAND

Bagi yang kurang menggemari suasana yang terlalu ramai,anda boleh lah bercuti sambil menyambut tahun baru di Cameron Highland.Dengan suasana cuaca yang sejuk dan mendamaikan Cameron Highland merupakan kawasan yang berbaloi untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga tersayang.

 

8.MELAKA


Tahun baru di negeri yang kaya dengan sejarah ini khabarnya sangat menarik. Daripada bersesak di Kuala Lumpur anda boleh ke Melaka yang hanya mengambil masa 2 jam. Antara tempat yang menarik untuk menyambut tahun baru di Melaka adalah di Bandar Hilir, Eye On Melaka, Bangunan Merah dan Pantai Klebang.

 

9.THE CURVE

Berkonsepkan open-air pusat beli belah ini menawarkan New Year Eve Celebration dengan pelbagai acara seperti persembahan hiburan, games dan banyak lagi. Juga terdapat aneka gerai jualan untuk pengunjung menikmati kemeriahan tahun baru sambil membeli-belah. Jom sambut Tahun Baru di sana!

 

10.DANGA BAY JOHOR BAHRU.

Danga Bay juga merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk orang ramai menyambut tahun baru mereka.berkonsepkan glamour dan mewah dengan pelbagai kawasan yang menarik termasuk taman tema yang khas untuk kanak-kanak ,Danga Bay adalah salah satu pilihan yang terbaik.

 

Rancanglah sambutan tahun baru anda yang akan datang bersama keluarga tercinta atau sahabat handai.Selamat Tahun Baru Semua!

SUMBER : malaysiabackpakers.com