Selepas Konsert Gegar Vaganza.. Lan Berkerusi Roda? Ini Puncanya … Pedih Jugak!

November 28, 2017   Leave a comment

Malang menimpa bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan yang kini mengalami keracunan makanan teruk hingga menyebabkan buasir.

Kata Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, dia mulai sakit perut sejak malam tadi dan melarat hingga hari ini.

“Saya kena keracunan makanan dan cirit-birit sejak malam tadi hingga melarat menjadi buasir.

“Keadaan ini menyukarkan saya berjalan hingga terpaksa dipapah dan berkerusi roda.

“Saya harap kesihatan akan kembali pulih seperti sedia kala dan meneruskan sesi latihan esok. Doakan saya cepat sembuh,” katanya kepada Astro Gempak.

Lan juga merayu agar peminat tidak menjadikan masalah kesihatannya sebagai peluang meraih simpati.

“Jangan fikir saya mahu raih simpati. Saya akan terus berjuang untuk GV4 sepertimana penyanyi lain,” tambahnya.

Pada minggu keenam, Lan bakal menyampaikan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya (nyanyian asal U.K’s).
Kristal Rehatkan Lan, Buat Ujibakat Cari Vokalis Pengganti
Kristal Rehatkan Lan, Buat Ujibakat Cari Vokalis Pengganti

Kumpulan Kristal akhirnya memutuskan untuk merehatkan vokalisnya, Lan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti seni bersama band itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi @kristalband semalam dan diulang siar menerusi akaun gitaris band itu, Rody.

“Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru. Insya-Allah pengumuman akan dibuat,” tulis akaun rasmi @kristalband.

Manakala, Rody turut memuatnaik kenyataan Lan dalam sebuah temu bual baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk bergerak solo.

Rody dalam kemas kini akaun peribadinya lewat malam tadi turut menegaskan akan terus memperjuangkan nasib kumpulan Kristal walaupun tanpa penyanyi.

“Atas nasihat orang-orang lama kami akan merehatkan Lan.

“Semoga berjaya dengan hajatnya hendak menjadi penyanyi solo, takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula.

“Insya-Allah aku akan memperjuangkan Kristal bersama Kechik dan Acap.

“Moga terus berjaya dan harap anda terus menyokong perjuangan Kristal!” tulisnya.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi peminat setia band Kristal yang enggan melihat kumpulan itu berpecah belah.

Malah, ada yang menyarankan agar anggota band Kristal berbincang terlebih dahulu daripada membuat keputusan melulu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof menyuarakan hasrat untuk bergerak solo untuk mencabar dirinya keluar daripada zon selesa.

Bintang Gegar Vaganza 4 itu juga menjelaskan kenyataan untuk berehat daripada band Kristal pernah diluahkan namun ia sekadar gurauan.

Sumber: Gempak Dot Com

NotaKaki: Semoga Lan dapat pulih sepenuhnya sebelum konsert gegar vaganza yang akan datang minggu ini.