“SAYA TAK SELESA” – AEDY ASHRAF ELAK JAWAB SOALAN PERIBADI

Pelakon kacak Aedy Ashraf menolak dengan baik untuk menjawab soalan berhubung kisah peribadi.

Jelas Aedy, 24, dia enggan mencampur adukkan kerjaya dan kisah peribadi hingga meraih perhatian disebabkan isu sensasi.

“Tugas saya sebagai pelakon dalam industri, perihal personal sama ada siapa saya selain pelakon sepatutnya tidak patut dihebohkan.

“Itu tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan jika saya tak bagus berlakon, orang boleh komen atau kritik, tapi bukan kisah peribadi.

“Kehidupan peribadi saya minta tolong jangan masuk campur, saya tak selesa,” kata Aedy kepada Astro Gempak.

Aedy diminta mengulas tentang hubungannya dengan pelakon dan penyanyi muda, Nabila Razali, 25, yang baru-baru ini kecoh dikhabarkan sedang bercinta.

Nabila pada mulanya memuat naik foto mesra bersama Aedy di akaun Instagramnya dan menutup ruang komen hingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Lebih mengukuhkan spekulasi, Aedy turut hadir meraikan sambutan hari jadi Nabila dengan berpakaian sedondon.

Namun, terbaharu Nabila menerusi sepotong video meluahkan kekesalan terhadap individu yang tidak dinyatakan namanya hingga ada yang mengaitkan Aedy sebagai lelaki yang dimaksudkan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aedyxashraf