Netizen Mengecam Elyana Kerana Tidak Bertudung Walaupun Sudah Kena Kanser.. Ini Jawapan PADU Elyana Untuk Semua Netizen

November 30, 2017   Leave a comment

Kepedulian netizen terhadap pengumuman Elyana tentang derita barah limfoma tahap empat yang dihidapinya menjadi ekstrim apabila isu penyanyi itu tidak berhijab diperdebatkan.

Ada segelintir netizen tampil berani dan lantang menegur penampilan Elyana yang masih belum berhijab di media sosial terutama Instagram Elyana sendiri.

Bagaimanapun, Elyana melihat isu yang dibangkitkan oleh netizen itu bersifat satu doa yang menyerunya ke arah kebaikan.

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.

“Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.

“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu,” tutur Elyana kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Elyana tidak menjadikan komen-komen yang mengkritik penampilannya tidak bertudung sebagai satu usaha melemahkan semangatnya.

“Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.

“Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.

“Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya,” tambah Elyana lagi.

Elyana membuat pengumuman mengejutkan pada malam Ahad lalu selepas tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 4 dengan memberitahu dia kini sedang menghidap kanser limfoma tahap empat.

Susulan itu, netizen yang kurang sensitif dengan keperitan dan penderitaan yang dialami Elyana meluahkan kata-kata negatif termasuk mempertikaikan imej Elyana tidak berhijab.

SUMBER : http://www.astrogempak.com.my/artikel/7557/saya-terima-nasihat-anda-moga-sampailah-doa-doa-itu-diperlekeh-tidak-bertudung-elyana-jawab-kecaman-netizen
Luahan Hati Suami Elyana Ini Menyentuh Hati Ramai Netizen

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,” itu kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.

Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.

“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.
“Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

“Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,” kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.
Emosi Elyana lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi.
Cerita Khairul, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut namun derita Elyana pula tidak tertanggung.

“Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

“Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

“Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,” tambah Khairul.

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!

SUMBER : http://www.gempak.com/artikel/7553/di-sebalik-tawa-ini-cerita-dan-air-mata-dari-hati-suami-elyana