DULU DAN SEKARANG – PERUBAHAN WAJAH NASHA AZIZ YANG SEMAKIN MENGANCAM!

Pelakon Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz bukanlah calang-calang orangnya.

Pelakon tinggi lampai yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun di dalam kelasnya tersendiri ini pernah menjadi seorang model suatu ketika dahulu.

Dilahirkan pada 14 Mei 1971 di Kuala Lumpur, pelakon wanita ini sekarang sudah berusia 46 tahun.

Selepas memulakan kerjaya sebagai model hujung 1980-an, Nasha menceburi dunia lakonan mulai pertengahan 1990-an menerusi filem-filem Kad Cinta, Puteri Impian dan Bara.

Filem-filem lain yang menonjol namanya termasuklah Puaka Tebing Biru dan Otai. Filem Sepi pada 2008 dilihat penghujung era puncak aktres ini.

Di puncak dunia glamornya, Nasha juga diingati ramai melalui kontroversi kes saman bapanya dan juga rakaman curi videonya bersantai di rumah yang menjadi kes mahkamah.

Seiring dengan peredaran masa, wajah Nasha dilihat mengalami perubahan dari tahun ke tahun, baik dari bentuk fizikalnya sehinggalah kepada gaya dan feysen yang diperagakannya.
Dulu


Kemudian


Sekarang