Cinta Ini Kadang-Kadang Tak Ada Logika – Agnez Mo Dilamun Cinta Dengan Chris Brown?

Agnez Monica atau nama pentas terbarunya Agnez Mo bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Lagu hitnya seperti Tak Ada Logika dan Matahariku pernah menduduki carta muzik radio tempatan tidak lama dulu.

Penyanyi yang juga lincah menari ini melebarkan sayapnya ke Los Angeles, Amerika Syarikat dan membina karier di sana. Khabarnya, Agnez juga kini dilamun cinta dengan Chris Brown apabila dia dilihat memuat naik gambar dengan penyanyi lelaki kontroversi itu beberapa hari lalu.

‘Hubungan’ direstui peminat Agnez

Gambar mereka berdua pada mulanya dimuatnaik Chris Brown kemudian dipos semula oleh Agnez. Peminat Agnez kebanyakannya menyokong dan merestui ‘hubungan’ yang terjalin antara mereka berdua.
Reaksi peminat apabila mengetahui khabar Agnez-Chris

Atau… hanya untuk album semata?

Namun ada juga yang berpendapat Agnez dan Chris tiada apa-apa hubungan istimewa dan mereka hanyalah bekerjasama untuk pembikinan album dan mencipta muzik bersama sahaja. Kemesraan mereka juga mungkin disebabkan mereka diuruskan satu syarikat rakaman.
Mereka buat lagu bareng kok bukan pacaran

Sumber: Agnez Mo