Bella Astillah Anjur Program, Beri Nasihat Tentang Rumah Tangga

Bella Astillah baru-baru ini memberitahu dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman rumah tangga secara terbuka kerana menerima banyak mesej di media sosial.

Namun perkongsian tersebut bukanlah berniat untuk mengungkit kembali kontroversi lepas.


Foto: IG Bella Astillah

“Saya tiada niat untuk membuka semula cerita ini kepada orang ramai sebaliknya ingin berkongsi mengenai apa yang terjadi dan bagaimana saya mengharungi masalah itu.
 
“Perkara ini dilakukan selepas menerima banyak mesej peribadi di media sosal dimana kebanyakan mereka ingin mengetahui dari mana saya mendapat kekuatan.
 
“Jadi disebabkan ramai sangat yang menghantar mesej dan saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini. 
 
“Tujuan saya hanya untuk berkongsi kepada mereka dan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa,” katanya kepada Astro Gempak.
 


Foto: IG Bella Astillah

Majlis Mutiara Hati Bersama Bella Astillah itu diadakan di Soireelab, Putrajaya, pada Selasa lepas.
 
Malah suaminya, Aliff Aziz turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Bella yang mengadakan program tersebut.
 
Baguslah, benda yang lepas usah dikenang. Semoga keluarga ini tetap bahagia hingga ke akhir hayat. -CARI